Sunday, August 31, 2008

Ahlan Wa Sahlan Sahru Ramadhan

Assalamualaikum.....

HAri ini meupakan Hari pertama Bulan Ramadhan ...
Saya Ingin Berkongsi beberapa sunat-sunat yang digalakkan dalam bulan Ramadhan...

Sunat-sunat Puasa

  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka. Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud: "Allah Berfirman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".
  2. Makan sahur walaupun sedikit. RAsulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: "makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah mengharmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakan nya".
  3. MElambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  4. BErbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-quran.
  6. Memperbanyakan sedekah.
  7. BEriktikaf siang hari dalam masjid.
  8. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

  © Blogger template 'Salji Fuji' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP