Thursday, October 30, 2008

KesaKITan satU KEnikmatan

Saya ingatkan saya keadaan lutut saya akan bertambah baik. Namun sangkaan saya meleset. Keadaannya hanya bertambah teruk. Lutut saya sehingga ini masih kembang dan saya dapat merasakan seperti ada luka di bahagian dalam lutut saya.
Ini merupakan kesilapan saya sendiri kerana doktor telah mengarahkan saya untuk berehat. Pada mulanya saya ingin berehat sahaja dibilik tetapi setelah berfikir, saya merasakan saya akan ketinggalan banyak dalam pembelajaran. Jika saya tidak hadir selama satu hari mananya saya akan ketinggalan satu bab bagi setiap subject. Anda bayangkan jika saya berehat selama dua minggu seperti apa yang diarahkan doktor kepada saya berapa banyak bab yag saya akan ketinggalan. Peperiksaan pertengahan semester hanya 7 minggu dari sekarang.
Kesakitan yang saya alami ini banyak mengajar saya betapa pentingnya kesihatan tubuh badan kepada diri kita. Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniaakan pada diri kita dan jika kita mendapat kesusahan, ini bermakna Allah ingin menguji kesabaran kita agar kita menjadi lebik baik pada masa hadapan.
P/s Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada saya selama ini. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas anda semua.

Sunday, October 26, 2008

TraGedi 25 OktoBer

Semuanya bermula disini...

"Kalau boleh, awak jangan berjalan jauh selama dua minggu", kata seorang doktor di PPUM kepada saya. Saya terpaku sebentar. Cuti tiga hari yang sepatutnya dinikmati dengan gembira namapaknya terpaksalah dinikmati di atas katil. Mesti anda tertanya mengapa
doktor tidak membenarkan saya untuk tidak berjalan. Semuanya bermula pada pagi 25 Oktober 2008, rakan-rakan saya mengajak saya untuk bermain ice skating di sunway pyramid. Pada mulanya berat juga hati saya untuk pergi kerana saya bercadang untuk ke Chow-Kit atas urusan perniagaan. Namun setelah dipujuk dan saya merasakan bukan selalu dapat peluang untuk bercuti selama 3 hari dan pada masa yang sama elaun untuk semester ini baru sahaja dimasukkan oleh pihak JPA. Kami memulakan perjalanan ke sunway pyramid pada pukul 11.30 pagi. Seramai 12orang pelajar AAJ dangan semangat yang berkobar-kobar untuk berskating diatas ice menaiki putra-lrt ke stesen Kelana Jaya. Dari stesen Kelana Jaya, kami menaiki bas T623 ke sunway pyramid. Setelah tiba di Sunway Pyramid, kami pun terus ke ice-rink dan dapat merasakan kedinginan yang akan menjanjikan satu kepuasan. Kami pun membeli tiket masuk bernilai rm18 +rm8 untuk gloves. Saya mencadangkan awak membawa gloves sendiri dari rumah kerana ia akan menjimatkan lagi kos. Kami pun masuk kedalam dan mengambil kasut yang di sediakan.
cool shoes huh....But this thing that cause my injury..

Kami pun memulakan langkah untuk masuk ke dalam ice-rink dengan kalimah bismillah dan menggunakkan kaki kanan dan berdoa agar kami tidak mendapat kecelakaan. Kami pun mula meluncur dan meluncur . Namun kerana belum mahir ada diantara kami terjatuh dan angkat semula, ada juga yang jatuh semula. Namun semua ini tidak melunturkan semangat kami unutk berusaha dan berusaha untuk memahirkan diri. Setelah 2 jam meluncur, kami pun terpaksa keluar dari rink kerana pihak Sunway Pyramid Ice akan melakukan ice resurfacing setiap 2 jam. Kami pun mengambil masa untuk berehat. Pada masa yang sama bersemangat untuk masuk semula ke dalam medan peperangan. Setelah ice-resurfacing selesai dilakukan, kami pun
masuk semula ke dalam ice-rink dan mula meluncur semula. Semasa saya meluncur, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Gonan dari New Delhi, India. Kami pun meluncur bersama-sama sambil bercerita tentang pendapat beliau tentang Malaysia. Ini merupakan babak yang telah mengubah keadaan dari kegembiraan kepada keperitan dan kesakitan. Disebabkan telah meluncur terlalu lama saya merasa keletihan dan ingin berehat di luar rink. Namun kerana terlalu letih saya telah kehilangan imbangan badan dan terjauh. Namun jatuh pada kali ini amat berbeza dengan jatuh-jatuh saya sebelum ini. Saya dapat merasakan tulang di lutut saya lari dari tempat asal dan kembali semula. Hanya Allah yang tahu perasaan saya pada masa itu. Para petugas terus menghampiri saya dan bertanya,"Are you okay". "I'm not okay", jawab saya. Saya pun dibawa keluar dari ice-rink.
Selepas itu saya pun dibawa masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang menempatkan first-aid kit. Namun saya hanya di tanya beberapa soalan berkenaan kecederaan saya serta alamat dan no telefon saya. Selepas itu pekerja Sunway Ice Pyramid pun meninggalkan saya untuk berehat. Saya menunggu selama lebih kurang 10 minit, namun tidak ada apa-apa tindakan selanjutnya. Saya pun berjalan keluar dari bilik tersebut dan pekerja-pekerja disitu bertanya,"Dah OK ke bang". Saya hanya tersenyum dan meninggalkan mereka.
Saya pun keluar dari Sunway Ice Pyramid. Pada masa tersebut saya belum lagi merasakan kesakitan sebenar akibat insiden tadi. Sejam kemudian, saya mula merasakan di bahagian
lutut saya kembang. Kesakitan mula dirasai sehingga pada satu tahap saya merasakan kaki saya pada bahagian lutut tidak mampu digerakkan. Kesakitan pada masa tersebut hanya saya dan Allah saja yang tahu. Rakan-rakan saya meninggalkan saya bersama seorang rakan lagi untuk berehat sambil mereka pergi mencari pharmacy untuk membei ubat penahan sakit.
Selepas makan ubat penahan sakit, kesakitan saya mula hilang namun setelah menelefo ayah saya, dia mencadangkan agar saya pergi ke hospital kerana beliau merasakan berkemungkinan ligament atau tendon saya terkoyak
Kami pun pergi ke ground flour dan menaiki teksi ke Pusat Perubatan University Malaya atau lebih dikenali PPUM. Kami menaiki teksi dengan bayaran Rm17 yang dibayar menggunakan kupon pun tiba di PPUM lebih kurang pukul 10.30pm. Kami berhenti di PTJ Trauma dan Kecemasan. Saya pun dibawa dengan menggunakan wheel-chair. Kami pun mendaftar dan
menunggu giliran. Nama saya pun dipanggil dan kami masuk kedalam bilik konsultansi. Tekanan darah dan kadar denyutan jantung saya di ambil. Selepas itu saya pun diminta untuk tunggu di luar sebentar sehingga nama saya dipanggil semula.
Nama saya pun dipanggil sekali lagi ini. Kali ini saya telah berjumpa dengan doktor dan setelah beliau memeriksa saya, belia mengarahkan saya untuk pergi ke bilik x-ray. Setelah pergi kebilik tersebut sya pun diminta sekali lagi untuk berjumpa dengan doktor yang memeriksa saya tadi. Setelah melihat hasil x-ray doktor pun berkata," Awak ada main apa-apa sports". Saya menjawab," Masa ini takde doc". "Kalau boleh awak jangan bergerak atau berjalan jauh selama 2 minggu". " Alamak, macam mane dengan kelas saye doc". " HMMMM, kalau ada kelas hmm, kalau awak nak pegi, pergilah". " Kalau ini sainskuching, ini merupaka satu berita yang amat mengembirakan, namun ini AAJ" , saya bercakap kepada diri sendiri.
MEngenaNg NAsib...

Selepas itu doktor mengarahkan saya untuk pergi ke kaunter pendaftaran untuk membuat temujanji untuk pergi ke klinik sukan unutk memastikan otot-otot yang penting pada bahagaian lutut saya cedera atau tidak.
Oppointment saya seterusnya pada 5 November 2008. Mudah-mudahan otot-otot saya tidak mengalami kecederaan serius.

Wednesday, October 22, 2008

Sedikit pengorbanan...

Malaysia dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar memukul seorang guru di sebuah sekolah menengah. Pelajar tersebut telah pun dijatuhkan hukuman gantung sekolah selama satu minggu. Ramai yang mempersoalkan tindakan yang di ambil tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan pelajar terbabit termasuk diri saya sendiri.
Pada pendapat saya seorang pelajar yang tergamak untuk memukul gurunya sendiri dan dijatuhkan hukuman gantung tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pelajar tersebut melainkan rekod sahsiah pelajar tersebut akan tertulis”Pelajar berkenaan pernah digantung sekolah atas kesalahan memukul kakitangan sekolah”. Pelajar tersebut pasti merasa gembira kerana di”BERI” cuti secara percuma selama seminggu.
Bagi saya pelajar tersebut sepatutnya dijatuhkan hukuman yang lebih keras ataupun setimpal dengan kesalahannya. Pelajar tersebut bagi saya patut DIBUANG DARI SEKOLAH. Ini kerana pelajar tersebut bakal menjadi VIRUS dalam komuniti pelajar sekolah tersebut. Anda mungkin berpendapat saya terlalu keras dalam permasalahan ini. Namun bagi saya ialah lebih baik pelajar tersebut dibiang dari sekolah tersebut sebelum pelajar tesebut menyebarkan anasir-anasir jahat kepada pelajar lain dan menyebabkan pelajar-pelajar lain turut berani melakukan perkara yang sama ataupun lebih teruk.
Jika pihak berkenaan mengambil tindakan yang lebih tegas sudah pasti ia akan memberi amaran KERAS kepada pelajar lain untuk tidak melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. Jika tidak, para pelajar akan menggap diri mereka kebal dari melakukan kesalahan dan paling teruk pun digantung sekolah.
Walaupun pelajar-pelajar yang bermasalah tersebut dibuang sekolah, ini tidak bermakna mereka akan ketinggalan dari segi pelajaran. Saya mencadangkan pelajar-pelajar yang di buang sekolah dimasukkan ke dalam sekolah-sekolah “ISTIMEWA” seperti Sekolah Tunas Bakti atau Sekolah Henry Gurney. Ini kerana sekolah tersebut sesuai bagi pelajar-pelajar yang suka menjadi “HERO” kerana sekolah-sekolah tersebut mempunyai cara yang tersendiri untuk berdepan dengan “Hero-Hero baru Malaysia”.
Bercakap tentang sekolah-sekolah istimewa tersebut, saya mempunyai pengalaman tersendiri. Pada beberapa tahun lalu, saya mempunyai kesempatan untuk melawat sekolah tersebut untuk melakukan temuramah bersama pelajar-pelajar tersebut. Dalam temuramah tersebut saya berpeluang untuk menemuramah beberapa orang pelajar yang mempunyai latar belakang kesalahan yang berbeza seperti pecah masuk, curi kereta dan ada juga yang terlibat dengan dadah. Kebanyakkan mereka menyesali perbuatan mereka dan mereka amat berterima kasih kepada warden-warden di sekolah tersebut kerana telah membimbing mereka kembali ke jalan yang benar. Di sekolah tersebut juga mereka di ajar pelbagai jenis kemahiran seperti pembinaan dan pertanian. Ini sudah pasti satu nilai tambah dan kemahiran yang berguna bagi mereka setelah keluar dari sekolah tersebut. Ini menunjukkan sekolah tersebut dapat membantu para pelajar yang bermasalah unutk kembali ke jalan yang benar.
Akhir kata, bertindaklah sepatutnya dan jangan kerana satu VIRUS, akan rosak satu Organisma tersebut. Maka, tidak salah bagi kita untuk berkorban bagi menjamin kesejahteraan semua. NO SACRIFICE NO VICTORY

Saturday, October 18, 2008

Penilaian Menengah REndah

Pelajar tingkatan 3 baru sahaja tamat menduduki Penilaian Menengah Rendah(PMR) yang bermula pada 13 Oktober 2008 hingga 17 Oktober 2008. Keputusan peperiksaan berkenaan akan diumumkan pada penghujung bulan 12, kebiasaannya selepas cuti Krismas. Sudah pasti pada masa ini para pelajar tingkatan 3 merasa gembira kerana telah melepasi salah satu penilaian yang agak penting dalam hidup mereka. Nasihat saya kepada para pelajar ialah ingat anda akan memasuki fasa baru dalam kehidupan anda iaitu alam persekolahan menengah atas. Alam menengah atas merupakan satu alam yang amat berbeza dengan alam persekolahan semasa menengah rendah. Pasti akan ada pelajar-pelajar yang akan mengalami kejutan belajar kerana tidak biasa dengan cara pembelajaran di menengah atas. Peringkat menengah atas merupakan peringkat yang memerlukan kita untuk bertahan atau survive dengan tekanan-tekanan yang akan di alami oleh para pelajar. Oleh itu saya menyarankan para pelajar agar menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan diri sebelum memasauki peringkat menengah atas.

Pihak sekolah dapat juga memainkan peranan dalam membatu para pelajar dalam mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal dengan mengadakan program-program bagi mengisi ruang waktu yang ada. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Sains Kuching akan mengadakan program Post-PMR. Program ini diperkenalkan bagi memperkenalkan subjek-subjek yang diajar di Tingkatan 4 dan 5. Terdapat juga program-program berfaedah dijalankan seperti menjalani inventori bagi melihat kecenderungan para pelajar dalam menentukan kerjaya pada masa hadapan. Perkara tersebut amat penting kerana peringkat menengah atas akan dibahagi kepada beberapa aliran seperti aliran sains tulen. Para pelajar mestilah memilih aliran yang sesuai dengan impian dan kecenderungan masing-masing.

Pesanan terakhir kepada para pelajar yang berjaya nanti ialah kejayaan anda dalam PMR memang penting dan sesuatu yang boleh dibanggakan. Namun ia bukan beerti anda akan berjaya pada masa hadapan. Pastikan anda mengekalkan konsistensi anda dalam pembelajaran. Tingkatan 4 bukan waktu untuk para pelajar berbulan madu kerana Tingkatan 4 merupakan tahun yang amat penting kerana pada Tingkatan 4lah konsep-konsep baru dalam sains akan diperkenalkan. Pemahaman terhadap sesebuah konsep merupakan perkara yang penting dalam matapelajaran sains seperti fizik dan kimia.

BERUSAHALAH DALAM MENCAPAI IMPIAN

Monday, October 6, 2008

HARi Raya....

Finally i can get an internet connection to post something in this blog..
Assalamualaikum...

Today is the 7th day of raya..so i think it is not late for me to wish all Muslim and anyone who celebrate it, SElaMat HAri raYA and MaaF zaHIr Batin...

This it the third year i celebrated raya outside of Malaysia. My family and I celebrated Eid Fitri at my mom's hometown in Pontianak, Indonesia.. I went there on 27 of September and just came back a few days ago..

People always ask me,"what is the difference celebrarting Eid fitri in Indonesia than in Malaysia???".There is no much different because our culture with the Indonesian are almost the same but there are some interesting fact about Eid Fitri in Indonesia..

FACTS(believe it or not)
1. One of the biggest different between Eid Fitri in Indonesia is the date it will be celebrate. If in Malaysia, 1st of Syawal is set by the malays rulers council but its differrent in Indonesia. As example, for this year the goverment in Indonesia had announced that Eid Fitri falls on 1 october 2008 but there still Muslims in Indonesia celebraterd Eid Fitri earlier and even two days late..Believe it or Not.

2. In Malaysia, playing bamboo cannon is illegal but in Pontianak,ndonesia its a custom for them and the cannon is not made out of bamboo but from logs.

3. Selling fireworks is okay with the goverment but not to firecrakers..

There is a lot more facts but forgot some..anyway if you guys have the chance to visit Indonesia one day, InsyaAllah you will experience yourself the different of custom in Indonesia..

p/s Visit IndoNesia Year 2008

  © Blogger template 'Salji Fuji' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP