Sunday, November 30, 2008

Pembedahan Satu Pengalaman

Akhirnya saya mempunyai peluang untuk menulis sesuatu di blog saya. Saya ingin menceritakan sesuatu pengalaman yang agak berharga, bermakna, dan ia telah mengubah sedikit kehidupan saya. Pengalaman yang saya ingin ceritakan ialah pengalaman saya menjalani pembedahan di bahagian lutut yang cedera akibat kejadian pada 25 oktober 2008 yang lalu.
Saya telah diminta oleh doktor untuk masuk ke wad pada 13 november 2008 pada pukul 10.00 pagi. Namun saya hanya tiba di hospital pada pukul 10.45 kerana saya terpaksaya pegi ke Klinik Kesihatan Pelajar Universiti Malaya untuk mendapatkan surat jaminan untuk mengesahkan saya merupakan pelajar di Universiti Malaya. Surat jaminan atau guarantee-letter ini amat penting kerena jika saya gagal untuk menyerahkan surat jaminan dari Klinik Kesihatan Pelajar, saya akan dikenakan bayaran bagi kos pembedahan dan penginapan saya di wad.
Setelah saya tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya, saya telah diminta untuk mendaftar di kaunter kemasukan wad di tingkat dua. Selepas itu saya diminta untuk menunggu di wad transit sehingga saya ditempatkan di wad yang sepatutunya. Oleh kerana saya tidak sempat bersarapan, saya pun pergi ke kafeteria untuk menjamu selera. Tidak lama kemudian saya telah ditelefon oleh pihak wad transit untuk segera balik ke wad transit kerana doktor ingin berjumpa dengan saya. Setelah tiba di wad berkenaan, saya telah ditanya beberapa soalan oleh doktor sebelum beliau mengambil sampel darah saya.
tidak suka jarum...

Dipendekkan cerita saya hanya berjaya dimasukkan kedalam wad pada pukul 4.30pm. Walaupun keletihan menunggu , namun saya bersyukur saya akhirnya saya berjaya juga untuk mendapat tempat di tingkat sembilah wad orthopedic.
Saya diberitahu oleh jururawat yang saya berada di kedudukan yang ketiga pada untuk pembedahan . Ini bermakna pembedahan saya hanya akan dilakukan lebih kurang pada pukul 2.00pm pada hari jumaat 14 november 2008. Sya juga diminta untuk berpuasa bermula dari pada pukul 2.00am.
haha...quite blur..sorry
Hari yang ditunggu telah tiba. Saya telah dimaklumkan oleh jururawat untuk bersedia kerana pembedahan saya akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Perasaan yang mendebar-debarkan. Saya dapat merasakan hormon adrenalin saya dirembeskan. Saya telah dibawa ke tingkat yanng saya lupa ia tinkat berapa. Namun di tingkat itulah pembedahan saya akan di jalankan. Saya pu dibawa masuk kedalam dewan bedah. Saya pertama kali dapat melihat secara langsung lampu yang selalu di gunakan di dalam dewan bedah.
Saya pun telah dibius di bahagian tulang belakang saya. Selepas itu saya mula merasa kebas dari bahagian pinggang hingga ke bahagian jari kaki saya. Perlahan-lahan saya tidak merasa apa-apa lagi dibahagian tubuh saya. Saya masih dalam keadaan sedar keran kesan ubat tidur yang diberikan kepada saya sebelum memasuki dewan pembedahan belum menujukkan kesannya. Semasa doktor melakukan scoping pada lutut saya iaitu memasukkan camera ke dalam lutut saya, saya dapat mendengar mereka berkomunikasi sesama sendiri yang saya rasakan sediit melucukan. Salah seorang doktor atau surgeon memuji salah seorang sergeon yang lain." Hebatlah kau F*****, tengok-tengok dia buat dive tu. wo, hebat-hebat. Kau boleh dipangil arthroscopistlah..huhu", kata seorang doktor kepada dr. Fa****(nama dirahsiakan) sambil mereka bertiga ketawa. Saya hanya terdiam kerana tidak menyangka perkara sebegitu berlaku di dalam dewan bedah.
Saya dapat merasakan diri saya mula merasa mengantuk dan akhirnya tertidur. Sebelum Saya dibius saya sempat melihat ke arah jam yang ada pada di dalam dewan bedah, ia menunjukkan pukul 1.30pm. Setelah tertidur saya pun terjaga dan saya dapati mereka telah selesai menjalankan pembedahan dan saya melihat jam di dinding menunjukkan pukul 4.00pm. Doktor telah mengatakan sesuatu kepada saya namun saya tidak berapa memahami kerana masih dalam keadaan separuh sedar.
Hinge Knee Brace(kaki robocop)

Ini merupakan penagalaman yang agak berharga kepada diri saya walaupun saya terpaksa berehat untuk beberapa minggu. Saya hanya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kesihatan amat penting kepada kita semua. Renung-renungkan.

  © Blogger template 'Salji Fuji' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP