Tuesday, December 30, 2008

2008

Tahun 2008 akan melabuhkan tirainya sehari sahaja lagi. Tahun 2008 menyaksikan banyak peristiwa yang menarik dalam kancah politik, ekonomi dan sosial.
Keputusan PRU pada mac 2008 banyak mengejutkan para pemerhati politik negara sehingga banyak menganggap bahwa Tsunami politik telah berlaku di Malaysia yang menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional buat pertama kali sejak 1969 kehilanagan majoriti 2/3 di parlimen. Kejutan juga berlaku setelah Barisan Nasional kehilangan 5buah negeri kepada Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamal prinsip demokrasi. Namun saya ingin menyatakan didini bahawa, walauapapun pahaman politik kita ,kita rakyat Malaysia haruslah bersatu padu agar kita dapat hidup di dalam keadaan yang harmoni. tidak dapat dinafikan terdapat beberapa isu sensitif yang timbul dan mampu mengugat ketentaraman awam dan perpadaun di antara masyarakat di Malaysia. Namun saya yakin permasalahan ini dapat diselesaikan secara aman kerana kita sudah 50 tahun mengamalkan sikap tolransi diantara kaum-kaum di Malaysia.
Tahun 2008 juga menyaksikan banayak negara telah mengalami kemelesetan ekonomi disebabkan masalah kredit yang dialami di Amerika Syarikat. Kejatuhan ekonomi di Amerika Syarikat telah membuktikan kelemahan sistem kapitalisme yang diguna pada masa ini. Ini telah menyebabkan banyak telah mencari alternatif sistem perbakan yang lebih baik iaitu perbankan Islam yang menjalankan urusniaga yang berasaskan keuntungan bukan riba sperti yang berlaku didalam sistem kapitalisme. Malaysia juga terkena tempias kegawatan ekonomi ini. Namun ia tidak seteruk negara lain kerana negara kita mempunyai pengalaman dalam menangani masalah ekonomi setelah berjaya keluar dari kegawatan ekonomi Asian 1997. Kerajaan juga telah merangka satu pakej ransangan ekonomi yang bernilai Rm 7billion. Diharap pakej ini mampu merangsang ekonomi Malaysia kerana tahun 2009 pasti akan mejadi lebih mencabar.
Saya mengaharap tahun 2009 akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2008. Semoga azam kita unutk tahun 2008 sudah dicapai dan jika belum berusahalah agar dapat memenuhi azam kita untuk tahun 2009.

Selamat menyambut Tahun Baru 2009.

Monday, December 22, 2008

dillemmA

Kali ini saya mengalami dillema yang saya sendiri susah untuk mendapatkan jawapan. Samada pulang ke Kuching atau tidak. Bagi pengatahuan semua, sekarang merupakan cuti pertengahan semester bagi pelajar RPKJ. Kami akan bercuti selama dua minggu bermula dari 20 december 2008 hingga 4 januari 2009.
Sebelum ini saya tidak bercadang unutk pulang ke kuching kerana saya masih mempunyai temujanji di hospital. Namun setelah beberapa hari bercuti di kolej, saya merasakan tahap kebosanan yang tinggi. Hanya dua orang pelajar RPKJ sahaja yang tidak balik kali ini. Saya dan seorang pelajar dari Sabah. Jikalau saya boleh bergerak dengan bebas ia mungkin saya boleh meluangkan masa di Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebentar tadi saya cuba melihat harga-harga ticket untuk balik. Namun tiket unutk 22,23,24 december sudah habis terjual. Tiket hanya ada pada 25 december. Itupun tiket nya berharga 300 lebih keatas untuk penerbangan sehala.
Saya sejak dari pagi tadi memikirkan tentang perkara ini, namun saya masih belum mendapat petunjuk untuk keputusan yang saya bakal buat.
Sebenarnya saya teringin pulang namun perasaan saya berbelah bagi. Wang ringgit bukan masalah yang sebenar kerana ianya boleh dicari. Namun masa yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga bukan perkara yang boleh dibeli dengan wang ringgit dan ia tidak datang selalu.

faMiLY First...

Tuesday, December 16, 2008

Bekas Jahitan

Saya ingin menunjukkan gambar-gambar bekas jahitan kaki saya.
11 Jahitan..


Cantik nye...

Saturday, December 13, 2008

uNiVersIty OF X

Anda tahu tentang pek universiti dari celcom.????? Ia merupakan prabayar terhebat pada masa ini. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut tentang U.O.X (uninersity of X), saya ingin mengatakan bahawa prabayar ini hanya layak diberikan kepada sesiapa yang berumur 25 tahun kebawah sahaja.
Dibawah merupakan kadar untuk upax. Tidak kira dimana jua anda berada selagi masih berada di dalam malaysia.


Seseorang hanya dibenarkan untuk mendaftar sekali seumur hidup. sesiapa yang sudah mendaftar tidak boleh mendaftar lagi. Satu Ic, Satu UPax..

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya ditalian 0193654038, atau berjumpa saya di Kolej Ke12 UNiversiti Malaya.

Thursday, December 11, 2008

MID seM exam..DAa

Minggu depan merupakan minggu peperiksaan bagi pelajar rpkj. Peperikasaan pertengahan semester ini dikatakan amat mencabar terutama nya fizik. Bagi pengatahuan semua, ini merupakan kali pertama pelajar AAJ akan mengambil peperikasaan untuk matapelajaran sains seperti kimia dan fizik di dalam bahasa jepun. Matematik juga akan meggunakan bahasa jepun. Mengikut maklumat dari sumber yang boleh dipercayai , peperiksaan bahasa jepun kali ini juga amat mencabar.
Peperiksaan kali ini penting bagi para pelajar kerana ia membawa markah sebanyak 30% untuk markah kesuluruhan tahun pertama pengajian. Semester kedua membawa markah sebanyak 60 peratus. Barang siapa yang tidak mendapat gred C ke atas bagi keseluruhan markah, akan dikeluarkan dari program ini..
Namun saya percaya, hasil usaha gigh para pelajar akan membawa hasil,insyaAllah..Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan para pelajar Rpkj..Ganbattekudasai..

Sunday, December 7, 2008

HAri Raya Aidil Adha

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat HAri RAya Aidil Adha kepada semua umat islam terutamanya kepada rakan-rakan yang mengenali saya. Ini merupakan kali kedua saya menyambut Hari Raya Aidil Adha ataupun dikenali HAri Raya Haji tidak bersama keluarga sya di Kuching. Pada tahun lepas saya menyambut hari yang mulia ini di Mesir dan pada tahun ini saya menyambutnya di Kuala Lumpur.
Berhati-hati di jalan raya kepada sesiapa yang yang balik ke kampung kerana anda mampu mengubahnya.

JApaNese Language Proficiency TESt


Pada hari ini saya dan para pelajar aaj telah menduduki Japanase proficiency level test di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Para pelajar tahun pertama RPKJ mengambil test level 3. Manakala pelajar tahun dua ada yang mengamil test level 2 dan ada juga yang mengabil test level 1. Test-test ini dijalankan oleh Japan Fqundation di seluruh dunia bagi mengukur kecekapan seseorang yang belajar bahasa jepun. Test ini dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu level4, level3 , level2 dan level1. Level 4 merupakan level terendah dan level 1 merupakan level tertinggi.
Kami memulakan perjalanan ke UPM menggunakan bas yang telah ditempah. Bas datang sedikit lambat menyebabkan kami terpaksa bergegas ke bilik peperiksaan sebaik sahaja tiba di UPM. Kebanyakkan kami pergi tanpa bersarapan kerana kebanyakkan kedai dicafe kolej ke 12 tutup bersempena persediaan menyambut hari raya aidil adha.
Ujian dibahagikan kepada 3 bahagian. Perbendahaan kata dan tulisan, pendengaran, dan pemahaman dan tatabahasa. Ujian Bermula pada pukul 9.00 dan tamat pada pukul 12.50.
Kami terpaksa menunggu selama hampir dua jam setelah bas yang sepatutnya mengabil kami pada pukul 1 hanya tiba pada pukul 2.45. Kerana kelaparan kami pun siggah sebentar di seri serdang untuk menjamu selera dan tiba di UM pada pukul 3.40.


(Woi Mane tongkat aku)

Keputusan Hanya akan diketahui pada bulan march 2009. Doakan kejayaan kami semua. Domo arigatougonzaimasu.


(Perhatikan gambar ini betul-betul)

Wednesday, December 3, 2008

PIZZA...no one can resist it.



Setelah berhari-hari saya mengidam utuk makan pizza, akhirnya pada malam kelmarin impian saya tercapai. Saya dan kawan-kawan telah membelanjakan Rm75 unutk 5 regular pizza dari Dominos's Pizza. Kami makan satu regular seorang. Namn saya tidak juga merasa kenyang sebab sesiapa yang mengenali saya sudah pasti mengetahui nafsu makan saya.hahaha..


This is mine..

1..2..3..4..5...five pizza..

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi dominos pizza di talian 1300888333 atau menempah secara online di www.dominos.com.my

  © Blogger template 'Salji Fuji' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP