2008
Tahun 2008 akan melabuhkan tirainya sehari sahaja lagi. Tahun 2008 menyaksikan banyak peristiwa yang menarik dalam kancah politik, ekonomi dan sosial.
Keputusan PRU pada mac 2008 banyak mengejutkan para pemerhati politik negara sehingga banyak menganggap bahwa Tsunami politik telah berlaku di Malaysia yang menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional buat pertama kali sejak 1969 kehilanagan majoriti 2/3 di parlimen. Kejutan juga berlaku setelah Barisan Nasional kehilangan 5buah negeri kepada Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamal prinsip demokrasi. Namun saya ingin menyatakan didini bahawa, walauapapun pahaman politik kita ,kita rakyat Malaysia haruslah bersatu padu agar kita dapat hidup di dalam keadaan yang harmoni. tidak dapat dinafikan terdapat beberapa isu sensitif yang timbul dan mampu mengugat ketentaraman awam dan perpadaun di antara masyarakat di Malaysia. Namun saya yakin permasalahan ini dapat diselesaikan secara aman kerana kita sudah 50 tahun mengamalkan sikap tolransi diantara kaum-kaum di Malaysia.
Tahun 2008 juga menyaksikan banayak negara telah mengalami kemelesetan ekonomi disebabkan masalah kredit yang dialami di Amerika Syarikat. Kejatuhan ekonomi di Amerika Syarikat telah membuktikan kelemahan sistem kapitalisme yang diguna pada masa ini. Ini telah menyebabkan banyak telah mencari alternatif sistem perbakan yang lebih baik iaitu perbankan Islam yang menjalankan urusniaga yang berasaskan keuntungan bukan riba sperti yang berlaku didalam sistem kapitalisme. Malaysia juga terkena tempias kegawatan ekonomi ini. Namun ia tidak seteruk negara lain kerana negara kita mempunyai pengalaman dalam menangani masalah ekonomi setelah berjaya keluar dari kegawatan ekonomi Asian 1997. Kerajaan juga telah merangka satu pakej ransangan ekonomi yang bernilai Rm 7billion. Diharap pakej ini mampu merangsang ekonomi Malaysia kerana tahun 2009 pasti akan mejadi lebih mencabar.
Saya mengaharap tahun 2009 akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2008. Semoga azam kita unutk tahun 2008 sudah dicapai dan jika belum berusahalah agar dapat memenuhi azam kita untuk tahun 2009.
Selamat menyambut Tahun Baru 2009.










.jpg)